Singapura mengesahkan dua jangkitan baharu cacar monyet melibatkan dua lelaki, masing-masing berusia 54 tahun dan 25 tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, lelaki 54 tahun itu disahkan jangkitannya pada 2 Ogos lalu yang juga kenalan kepada kes bernombor 13, seorang lelaki berusia 33 tahun.
Sementara kes kedua tidak mempunyai kes berkaitan sedia ada dengan kes lain.